7 September 2016 - Sepasukan juruaudit dalaman yang di ketuai oleh Ir. Nor Aza dari JKR Malaysia telah mengadakan sesi audit dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) JKR di JKR (D) Perak Tengah dan Unit JKR TLDM. Audit tersebut dilaksanakan bagi memastikan kesemua projek di bawah pengawasan pihak JKR Negeri Perak yang bernilai RM 20 juta dan ke atas adalah mematuhi perundangan dan cara kerja yang telah ditetapkan.

Sebanyak dua (2) buah projek telah diaudit pada sesi kali ini iaiti projek Pembinaan Infrastruktur Latoha PASKAL di Pangkalan TLDM Lumut dan projek membina dan menyiapkan rumah Seri Kenangan, Seri Iskandar. Sehubungan itu, empat pegawai dari JKR Negeri Perak telah dilantik oleh Bahagian Pengurusan Korporat, JKR Negeri Perak bagi membantu kelancaran sesi audit kali ini iaitu Pn. Zarina Binti Zamin, Pn. Norhanita Binti Yusop, En. Pervaiz Akhtar Bin Abdul Ghaffor dan En. Ahmad Syihan Bin Abdul Rashid.

Majlis pembukaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat JKR (D) Perak Tengah telah dirasmikan oleh Ir. Mohamad Razali Bin Abdul Wahab pada 5 September 2016 manakala upacara penutupan sesi audit kali ini telah disempurnakan pada 7 September 2016 oleh Tuan Syed Ridzuan Bin Syed Idris, Ketua Penolong Pengarah Korporat, JKR Perak.

Tiada sebarang NCR dikeluarkan pada kali ini dan beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukan sepanjang sesi audit berlangsung. Pihak JKR Negeri Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan audit JKR Malaysia dan pegawai JKR Negeri Perak yang telah terlibat sepanjang audit dijalankan

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mei 2020, 11:52:54.