10 & 11 Oktober 2016 - JKR Perak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Majlis Hari Inovasi JKR Malaysia pada tahun ini di mana program tersebut telah berlangsung selama 2 hari bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan Bin Md. Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR Malaysia pada 10 Oktober 2016 dengan bertemakan 'Inovasi Pemangkin Prestasi'.

Majlis telah diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Pereka Cipta JKR Sempena ITEX 2016 dan penyampaian mock check royalti kepada Kumpulan WBS, JKR Daerah Kerian di atas penghasilan produk inovasi pertama yang telah dikomersialkan. Produk yang diberi nama Median Night Reflector Post merupakan produk hasil ciptaan Kumpulan WBS, JKR Daerah Kerian yang kini telah di pasang di 5 buah negeri iaitu Perak, Selangor, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Selesai penyampaian , satu upacara Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Program Pensijilan Pengurus Projek Diantara JKR dan JPS telah diadakan. Majlis diteruskan dengan lawatan ke booth pameran inovasi. Sebanyak 20 agensi telah menyertai pameran inovasi pada kali ini antaranya Colorland, Empayar Indera Sdn. Bhd.

Pada 11 Oktober 2016 merupakan Majlis Penutup dan Pengumuman Pemenang Konvensyen KIK. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan Bin Md. Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR Malaysia.

Kategori Pengurusan, tempat pertama telah dimenangi oleh Kumpulan BRITE-Q, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan, JKR Negeri Kedah, tempat kedua pula jatuh kepada Kumpulan BQ, Bahagian Kontrak& Ukur Bahan, JKR Negeri Perak dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan MEL.SEL@Work, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Negeri Selangor.

Manakala Kategori Teknikal , tempat pertama telah dimenangi oleh Kumpulan USE, Cawangan Kejuruteraan Ekektrik, JKR Negeri Perak, tempat kedua jatuh kepada Kumpulan MISSION X, JKR Daerah Kuala Muda dan Sik, Kedah dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan X-GEAR, JKR Daerah Kuala Langat, Selangor.

Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Kumpulan USE, Cawangan Kejuruteraan Ekektrik, JKR Negeri Perak dengan tajuk projek Gangguan Bekalan Elektrik - RCCB Trip Berulang. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menyertai Konvensyen KIK 2016 dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Hari Inovasi JKR Malaysia di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan Program Hari Inovasi JKR Malaysia 2016.

 

 

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 22 Mei 2020, 03:45:13.