• Laman Utama
  • Hubungi Kami
  • Berita Terkini
  • Majlis Penyerahan Projek Rumah Seri Kenangan, Seri Iskandar Daerah Perak Tengah Dan Penyerahan Projek Pembinaan Semula Jabatan Kebajikan Masyarakat Di Rumah Seri Kenangan, Tanjung Rambutan Oleh YBhg. Dato' Ir. Dr. Roslan Bin Md. Taha

Pada 27 April 2017 telah berlangsungnya dua (2) Majlis Penyerahan yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan B. Md. Taha, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia. Penyerahan projek tersebut adalah Projek Rumah Seri Kenangan, Seri Iskandar Daerah Perak Tengah dan Penyerahan Projek Pembinaan Semula Jabatan Kebajikan Masyarakat Di Rumah Seri Kenangan, Tanjung Rambutan. Majlis Penyerahan tersebut turut dihadiri oleh Ybhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Jamal Bin Sulaiman, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, JKR Malaysia, Ir. Abu Bakar  Bin Mohamed Said, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak serta semua pihak yang terlibat.

Projek Rumah Seri Kenangan, Seri Iskandar Daerah Perak Tengah yang bernilai RM 20,083,083.10 telah siap sepenuhnya pada 17 April 2017. Rumah Seri Kenangan ini telah dilengkapi dengan 1 Kuarters Banglo Kelas D, 2 Unit Kuarters 5 Tingkat - 4 Unit Kelas E dan 32 Unit Kelas G, 1 unit pondok pengawal, 2 unit kebuk sampah, 1 unit sistem rawatan kumbahan, pemasangan sistem lif dan pencegah kebakaran serta pemasangan elektrik LV dan ELV. Penyerahan dokumen adalah diantara JKR dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

Manakala bagi Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Semula Jabatan Kebajikan Masyarakat Di Rumah Seri Kenangan, Tanjung Rambutan telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Rose Lena Bt. Lazemi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, YBrs. Dr. Waitchalla a/p R.R.V Suppiah, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, YB. Dato' Hj. Zulkiply B. Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kos projek tersebut adalah sebanyak RM 34,000,000.00 yang dilengkapi Bangunan Pentadbiran & Klinikal Surau, Dewan Serbaguna, Dewan Makan, Blok Asrama (Bed Ridden, Rumah Kelamin, Blok Kluster Laki Dan Perempuan) serta dobi. Tarikh siap asal projek adalah 26 Oktober 2016 dan telah diberi dua Tempoh Lanjutan Masa (EOT) dan siap sepenuhnya pada 21 April 2017.

Sign Off dan Penyerahan Dokumen serahan projek diantara JKR dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan B. Md. Taha, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia.

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mei 2020, 11:52:54.