Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Projek Jambatan Manong telah diadakan pada 8 Ogos 2017. Cadangan jambatan ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penduduk dan para pelajar sekolah khasnya dari Seberang Manong dan kawasan sekitarnya yang selama ini menggunakan bot tambang menyeberangi Sungai Perak untuk ke Pekan Manong samada untuk ke Pejabat Pos, Klinik, Sekolah, Balai Polis dan sebagainya.

Dengan terbinanya jambatan ini, ia dapat menjamin tahap keselamatan kepada penduduk yang selama ini berulang alik menggunakan bot tambang sebagai pengangkutan harian.Kedudukan tapak projek ini adalah lebih kurang 25 kilometer dari Bandar Kuala Kangsar. Kerja-kerja pembinaan jambatan ini merangkumi kerja-kerja membinan jalan tuju baru menghubungkan terus ke jalan utama melalui jalan PLB sedia ada.

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 22 Mei 2020, 03:45:13.