Bertemakan 'Inovasi Nadi Kesiagaan Transformasi', Hari Inovasi & Majlis Penghargaan Pesara JKR Perak 2017 telah diadakan pada 16 November 2017 bertempat di Dataran JKR Perak. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh YB Dato' Haji Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air. Pada majlis tersebut , YB Dato Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin turut menyampaikan anugerah kepada pemenang Anugerah Inovasi JKR Negeri Perak Tahun 2017.
 
Berikut pemenang Anugerah Inovasi mengikut kategori:
 
Bil. Kategori Anugerah Inovasi Tempat
1. Pengurusan Kewangan Pertama : JKR Daerah Perak Tengah
Kedua: JKR Daerah Kuala Kangsar
Ketiga: JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
2. Pengurusan Projek Jalan Terbaik Pertama: JKR Daerah Hilir Perak
Kedua: JKR Daerah Kerian
Ketiga: JKR Daerah Kuala Kangsar
3. Pengurusan Projek Bangunan Terbaik Pertama: JKR Daerah Manjung
Kedua : JKR Daerah Larut, Matang & Selama
Ketiga : JKR Daerah Perak Tengah
4. Fasiliti Jalan Terbaik Pertama : JKR Daerah Manjung
Kedua : JKR Daerah Kinta
Ketiga : JKR Daerah Kuala Kangsar
5. Pengurusan Kontrak Terbaik Pertama : JKR Daerah Perak Tengah
Kedua: JKR Daerah Larut, Matang & Selama
Ketiga: JKR Daerah Kerian
6. Pengurusan Aset Terbaik Pertama: JKR Daerah Kuala Kangsar
Kedua: JKR Unit TLDM, Lumut
Ketiga: JKR Daerah Larut, Matang & Selama
7. Inovasi JKR Perak Pertama: Kump. Teras 2 (2013), JKR Daerah Batang Padang
Kedua: Kump. KIK, JKR Daerah Hilir Perak
Kump. Q-Champ, JKR Daerah Larut, Matang & Selama

Johan Keseluruhan Pertandingan Inovasi JKR Perak 2017 telah dimenangi JKR Daerah Perak Tengah. Selain itu majlis turut meraikan kakitangan yang bersara pada tahun ini seramai 59 pesara wajib dan 20 pesara pilihan bagi anggota JKR Negeri dan seramai 15 pesara wajib dan 5 pesara pilihan bagi anggota JKR Persekutuan.
 
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Hari Inovasi JKR Perak 2017.
  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mei 2020, 11:52:54.