Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Semula Giatmara Bagan Datuk, Perak telah diadakan pada 15 Disember 2017 bersamaan 26 Rabiulawal 1439H bertempat di tapak projek. Majlis dihadiri YB. Dato' Hj. Khairuddin Bin Hj. Tarmizi, Ketua Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, En. Mohd Razali Bin Bidin, Timbalan Pengarah Bahagian Bnagunan & Senggaraan Mara, En. Abdullah Chik Bin Mohd Ranin, Pengarah Bahagian Projek & Selenggara Giatmara Malaysai, En. Saiful Bahri Bin Ismail, Timbalan Pengarah Giatmara Negeri Perak, pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR Perak dan JKR Hilir Perak.

Projek Pembinaan Semula Giatmara, Bagan Datuk, Perak (Fasa 2: Kerja-Kerja Bangunan) merupakan salah satu daripada projek yang dilaksanakan oleh JKR Daerah Hilir Perak di mana kementerian pelanggannya ialah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) di bawah aegnsinya iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA). Manakala pengguna bagi projek ini ialah Giatmara Malaysia.

Pelaksanaan projek telah bermula pada 1 April 2016 dan siap sepenuhnya pada 5 Disember 2017 dalam tempoh masa 20 bulan dengan kos keseluruhan bagi projek ini ialah sebanyak RM 7,777,653.75. Ianya merupakan projek bangunan pertama yang telah siap di bawah pelaksanaan JKR Malaysia di dalam Daerah Bagan Datuk.

Pembinaan porjek telah dilaksanakan oleh syarikat LSB Construction Sdn. Bhd. yang telah bertanggungjawab sebagai kontraktor utama, manakala Kuasa Bumi Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai subkontraktor dinamakan bagi kerja elektrik dan Gestek Enterprise serta Ismadil Enterprise sebagai subkontrakor dinamakan bagi kerja mekanikal.

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 22 Mei 2020, 03:45:13.