20 Februari 2018 - Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah mengadakan lawatan kerja di Perak. Antara lawatan yang telah diadakan antaranya Majlis Pecah Tanah Hospital Parit Buntar (76 Katil), Parit Buntar, Perak (Fasa 3 - Kerja-kerja Bangunan) di tapak projek. Turut hadir ke Majlis tersebut,YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan Bin Md. Taha, Ketua Pengarah JKR Malaysia serta YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mewakili Menteri Besar Perak. Projek tersebut merupakan projek di bawah seliaan Paukan Projek Khas 1 (PPK1) (CDPK), JKR Malaysia. Projek Pembinaan telah bermula dengan penanaman cerucuk di tapak seluas 13 ekar dan merupakan projek pertama menggunakan teknologi Building Information Modelling.

Lawatan seterusnya adalah ke tapak Projek Tebatan Banjir Di SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak iaitu Cadangan Membina Sistem Peparitan Mengatasi Masalah Banjir. Antara skop projek adalah termasuk kerja-kerja pembinaan longkang, kerja pembinaan rumah suis dan rumah pam. Lawatan kerja diteruskan ke Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Projek Klinik Kesihatan Jenis 3 Manjoi, Perak kepada kontraktor yang terpilih. Majlis penyerahan surat setuju terima turut dihadiri oleh YB Haji Mohamad Ziad Bin Dato Haji Mohamed Zainal Abidin, Adun Manjoi serta YB Dato' Hj. Zainol Fadzi Bin Hj. Paharudin, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga Dan Air Negeri Perak. Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Manjoi, Perak merupakan projek di bawah seliaan JKR Perak.

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mei 2020, 11:52:54.