Hari Inovasi & Majlis Penghargaan Pesara JKR Perak 2015 telah diadakan pada 15 Disember 2015 bertempat di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh YB Dato€™ Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air. Pada majlis tersebut , YB Dato€™ Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin turut menyampaikan anugerah kepada pemenang Anugerah Inovasi JKR Negeri Perak Tahun 2015.

Pemenang tempat pertama di sandang oleh Kumpulan USE dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Perak dengan tajuk projek EDDB (Early Detect Distribution Board), manakala tempat kedua di menangi oleh Kumpulan Teras 2 dari JKR Daerah Batang Padang dengan tajuk projek Selimut Cerun dan tempat ketiga jatuh kepada Kumpulan A-Pro dengan tajuk Carian Auto Daftar Voucher CADB. Selain itu majlis turut meraikan kakitangan yang bersara pada tahun ini seramai 63 pesara wajib dan pilihan bagi JKR Negeri dan seramai 33 pesara wajib dan pilihan bagi JKR Persekutuan.

 

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 06:39:18.