4 Januari 2018 -  Telah berlangsung Majlis Pelancaran Pembinaan Fakulti Pendidikan Teknik Dan Vokasional UPSI Kampus Teluk Intan Fasa 2 yang telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh bertempat di Tapak Kampus UPSI, Teluk Intan, Perak.

Pembinaan UPSI Teluk Intan telah bermula dan akan mempunyai 21 block bangunan, lengkap dengan asrama, surau, dewan kuliah, dewan serbaguna, padang bola dan banyak lagi fasiliti yang moden. Bangunan ini dibina atas tanah seluas 80 ekar di Batu 4, Changkat Jong dan boleh menampung 2,000 pelajar, kakitangan serta tenaga pengajar.

Projek ini telah dicadangkan pada tahun 2014, dan kerja-kerja pengambilan, penyediaan serta rawatan tanah telah bermula pada tahun 2015 dan selesai pada tahun 2017. Manakala pembinaan bangunan akan bermula pada tahun 2018.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 06:39:18.