Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita menyelesaikan ibadah puasa selama sebulan sebaik mungkin. Maka, dengan bergemanya tadbir raya, umat Islam hari ini dengan penuh rasa kesyukuran menyambut satu kemenangan mujahadah yang sangat tinggi pengertiannya yakni jihad melawan nafsu.

Sempena menyambut Hari kemenangan ini, marilah kita sama-sama mempereratkan hubungan sesama kita dengan saling hormat menghormati, bertimbang-rasa, amanah dan berintegriti dan mengamalkan sikap bersederhana dalam apa jua tindakan.

Kepada semua warga JKR Perak, saya ingin mengingatkan bahawa setiap pekerjaan yang dilaksanakan haruslah menitikberatkan nilai kualiti kerja dan berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Setiap titik peluh yang dicurahkan untuk melaksanakan amanah ini akan mendapat ganjaran dari Allah SWT. Oleh yang demikian saya menyeru kepada semua warga supaya ikhlaslah dalam segala pekerjaan bagi melahirkan insan yang berjaya sekaligus memberi impak positif kepada jabatan dan Negara khususnya.

Kasih sayang yang terjalin antara kita semua telah menjadi pengukur, bahawasanya kita digalakkan untuk kunjung mengunjung, ziarah menziarahi bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama kita. Oleh itu, di hari yang mulia ini, saya berharap agar warga kerja JKR mengekalkan hubungan ini dan seterusnya mengamalkan sikap kesederhanaan dalam berbelanja. Bagi warga yang berangkat pulang ke kampung halaman, moga berhati-hati di jalanraya dan selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Akhir kata, saya dengan rasa kerendahan hati bagi pihak diri dan seisi keluarga mengambil kesempatan ini menyusun jari nan sepuluh memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan.

 

YDH TOH PADUKA SETIA DATO€™ Ir.Dr. SAFRY KAMAL BIN HJ.AHMAD

Pengarah Kerja Raya Negeri

Perak Darul Ridzuan.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Selasa 19 Mac 2024, 06:31:35.