Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat yang menghubungkan Taiping, Perak ke Banting, Selangor dengan kos RM5 bilion, dijangka dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di daerah Hilir Perak, bukan sahaja akan membawa pembangunan dan peningkatan hubungan ke Teluk Intan, tetapi juga akan menarik pelaburan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pecah tanah lebuhraya di Teluk Intan, berkata lebuhraya itu yang meliputi 233 kilometer yang dijangka siap dalam tempoh lima tahun, akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Selain daripada itu wujud keperluan untuk mentransformasikan ekonomi Teluk Intan daripada pertanian tradisional semata-mata kepada industri pertanian hiliran, dalam langkah untuk meningkatkan ekonomi tempatan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda.

West Coast Expressway Sdn. Bhd. telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan pembinaan projek tersebut dan JKR akan membangunkan kawasan FR 5. Kawasan yang terlibat yang akan dilaksanakan oleh JKR ialah kawasan Hutan Melintang dan Simpang Empat.

Ke Foto Galeri

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024, 02:01:12.