Tahniah kepada Kumpulan USE, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Perak mewakili JKR Malaysia di atas kejayaan mendapat pingat Emas serta Anugerah Terbaik bagi produk inovasi yang dikenali sebagai Leakage Current Detection Device (LCDC) di pameran Malaysia Technology Expo (MTE) 2018 yang telah berlangsung pada 22 hingga 24 Februari 2018 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur.

Seramai 4 kumpulan termasuk JKR Perak yang telah mewakili JKR Malaysia sempena Malaysia Technology Expo (MTE) 2018 antaranya Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Pahang,  2 kumpulan dari Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Selangor. Selain dari itu, booth JKR juga telah menerima anugerah Most Visitor Friendly Award. Tahniah kepada semua peserta pameran.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 06:39:18.