• Laman Utama
  • Berita
  • Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Projek Menaiktaraf Jalan Kuala Kangsar - Manong
 

23 Mac 2018 - Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Projek Menaiktaraf Jalan Kuala Kangsar-Manong telah berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat, 23 Mac 2018. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air bersama. Turut hadir, YB Dato' Mohammad Kamil Bin Shafie, ADUN Manong, YB Datin Mastura Binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YBhg. Dato' Sri Ir. Roslan Bin Md. Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Taklimat ringkas berkenaan projek telah disampaikan oleh Ir. Hj. Ahameed Tarmizi Bin Ramli, Pengarah Kerja Raya Perak. Projek Menaiktaraf Jalan Kuala Kangsar - Manong dijangka siap pada 24 Februari 2021. Projek ini dilaksanakan adalah untuk menaiktaraf jalan sedia ada dari Kuala Kangsar ke pekan Manong.

Pembinaan bermula tepat di bawah jambatan Lebuhraya Utara- Selatan dan akan berakhir kira-kira 200m selepas jambatan ketiga di Sungai Kenas. Terdapat 2 hentian bas yang akan dibina di Kampung Jerlun. 3 jambatan yang akan dirobohkan dan dibina semula di atas Sungai Jerlun, Sungai Ketior dan Sungai Kenas.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 17 April 2024, 00:08:52.