Pengetua Sekolah Menengah Teknik Gerik, Daerah Hulu Perak menarik nafas lega apabila kerja-kerja ubahsuai dan naiktaraf bengkel kursus vokasional berjaya disiapkan mengikut jadual. Anggaran kos bagi kerja membina bangunan tambahan dan ubahsuai bernilai RM 3.2 juta.

Ianya melibatkan pembinaan bagunan baru satu blok bengkel kayu satu tingkat, satu blok bengkel bata dan konkrit satu tingkat dan satu blok bengkel paip satu tingkat sementara kerja-kerja ubahsuai melibatkan bengkel kimpalan arka dan gas, bengkel hospitaliti catering, makmal pengurusan computer dan bengkel hospitaliti bakeri.

Hari ini 21 Januari 2015 berlangsungnya majlis penyerahan bangunan antara pihak JKR kepada pihak sekolah. Pn. Tan Lee Boon mewakili Jurutera Daerah telah menyerahkan kunci kepada En. Hamid Bin Jumhari Pengetua Sekolah Menengah Teknik dan seterusnya menandatangani surat penyerahan bangunan.

Ke Foto Galeri

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 29 Mac 2024, 03:51:49.