Pada 27 Mei 2016 bersamaan 20 Syaaban 1437H , Jumaat, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan  Projek Masjid Kg. Matang Jelutong , Bagan Serai, Perak kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah Bagan Serai,  iaitu Ustaz Termizi Bin Shaari yang mewakili pihak pelanggan. Majlis penyerahan tersebut telah diisempurnakan oleh Jurutera Daerah Kerian dan di saksikan oleh Pengarah Kerja Raya Perak, Tuan Haji Jamilol Nasir Bin Saad. Pembinaan masjid yang berkeluasan 1018.4meter persegi menelan kos sebanyak RM 2.13 juta tersebut boleh memuatkan seramai 600 jemaah dalam satu-satu masa.

Pada hari yang sama , telah berlangsungnya Majlis Pengsiytiharan solat jumaat pertama yang telah disempurnakan oleh YABhg. SS Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Haji Harussani Bin Haji Zakaria P.S.M, D.S.A., S.P.M.P., D.P.M.P., J.S.M., A.M.N., P.K.T., P.J.K., Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 17 April 2024, 00:08:52.