1 September 2016 - JKR Negeri Perak merupakan yang ke tujuh (7) untuk Zon Utara bagi Program Roadshow Pelan Strategik JKR 2016 - 2020 dan Pelan Transformasi JKR. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan maklumat terkini kepada warga JKR dari pelbagai peringkat berkenaan perkara tersebut. Program ini juga adalah sebagai platform untuk memberi pendedahan awal kepada pegawai-pegawai JKR Negeri dalam merancang dan menyediakan Pelan Bisnes masing-masing sebelum menyediakan Pelan Pengurusan Risiko (ERM). Seperti sedia maklum, dokumen-dokumen Pelan Bisnes dan Pelan Pengurusan Risiko JKR Negeri telah diwajibkan untuk disediakan bagi tujuan pemantauan di peringkat IPJKR Malaysia.

Program tersebut telah disampaikan oleh Dr. Marina Binti Musa dengan tajuk taklimat Pelan Strategik JKR 2016 - 2020 dan Tn. Ir. Sheikh Ismail Bin Sheikh Salleh dengan tajuk taklimatnya Pelan Transformasi JKR. Kedua-dua adalah dari Bahgaian Pengurusan  Perubahan dan Prestasi, Cawangan Dasar dan Bahagian Pengurusan Korporat, JKR Malaysia.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 29 Mac 2024, 03:51:49.