Sejarah JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Perak

 

Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebuah Jabatan teknikal terpenting di Malaysia. Di Negeri Perak, Cawangan ini telah ditubuhkan pada tahun 1972 sehingga kini menjadi sebuah agensi pelaksanaan projek-projek pembangunan prasarana dan kemudahan-kemudahan awam serta dipertanggungjawabkan ke atas kerja-kerja rekabentuk pendawaian elektrik, perolehan dan penyeliaan projek-projek infrastruktur untuk Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Pada awalnya berpejabat di Tingkat 7, Bangunan (Lama) Kerajaan Negeri Perak, di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh. Mula beroperasi di bangunan sendiri di Lorong Lahat, Kg Temiang mulai 1 April 1979. Beberapa Cawangan yang terdiri daripada anggota kecil kakitangan juga diwujudkan bermula dengan Daerah Kuala Kangsar, Taiping, Kerian, Hulu Perak, Manjung, Hilir Perak, Batang Padang dan Daerah Perak Tengah.

Selain dari Pengurusan Projek Pembangunan, JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Perak juga menjalankan kerja-kerja Penyelenggaraan Bangunan-Bangunan Kerajaan, Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Persekutuan dan Negeri serta memberikan khidmat nasihat teknikal kepada Jabatan-Jabatan serta agensi Kerajaan yang lain.

Bagi merealisasikan hasrat Kerajaan untuk pembangunan kepada rakyat negeri Perak khasnya, Cawangan ini dipimpin oleh Ir. Haji Kamaruzaman Bin Kasimin selaku Ketua Jurutera Elektrik Negeri. Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Perak kini mempunyai 6 Pegawai Kanan dan 83 orang kakitangan pelaksanaan dari seluruh pelusuk Negeri Perak

logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Selasa 14 Julai 2020, 07:06:43.