Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak telah wujud sejak 1966 . Jabatan ini dikenali dengan JKR CKM Perak. Diketuai oleh Ketua Jurutera Mekanikal Negeri Gred J52 dan dibantu oleh Jurutera-Jurutera Gred J41 hingga J48 serta Kumpulan Pelaksana yang terdiri daripada Penolong Jurutera Mekanikal, Penolong Akauntan, Pembantu Kemahiran, Pembantu Tadbir (Kewangan & Perkeranian Operasi), Pemandu, Pembantu Awam dan Pembantu Operasi. Jabatan Kerja Raya CKM Perak telah menjadi perunding utama kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak serta bertanggungjawap untuk pengurusan projek, pengurusan woksyop, senggaraan fasiliti mekanikal, melaksanakan kerja-kerja persiapan rasmi, serta memberi khidmat nasihat bagi sistem mekanikal yang menepati kualiti, masa dan kos yang telah ditetapkan. Setiap unit ini mempunyai fungsi masing-masing di bawah satu misi dan visi JKR Perak. JKR CKM ini dibahagikan kepada 4 unit :-

1- PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN SETOR

2- UNIT PROJEK

3- UNIT SENGGARAAN FASILITI MEKANIKAL

4- UNIT WOKSYOP / KENDERAAN

- Jasa Kepada Rakyat dan Biar Jasa jadi Kenangan -

 

logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Isnin 18 Oktober 2021, 04:50:32.