MAKLUMAT RINGKAS DAERAH KERIAN, PERAK DARUL RIDZUAN

 

DAERAH KERIAN TERLETAK DI UTARA NEGERI PERAK YANG MANA DAERAH INI BERSEMPADANAN DENGAN NEGERI PULAU PINANG (SEMPADAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN) DAN NEGERI KEDAH DAERAH BANDAR BAHARU. DI SEBELAH TIMUR DAN SELATAN, DAERAH INI BERSEMPADAN DENGAN DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA. DAN DI BARAT DAERAH INI ADALAH SELAT MELAKA. DAERAH KERIAN TERBAHAGI KEPADA LAPAN BUAH MUKIM IAITU MUKIM PARIT BUNTAR, BAGAN TIANG, TANJUNG PIANDANG, KUALA KURAU, BAGAN SERAI, BERIAH, GUNONG SEMANGGOL DAN SELINSING. PUSAT PENTADBIRAN DAERAH TERLETAK DI PARIT BUNTAR. BANDAR-BANDAR UTAMA LAIN IALAH BANDAR BAGAN SERAI, PEKAN GUNUNG SEMANGGOL, PEKAN KUALA KURAU DAN PEKAN TANJONG PIANDANG .

DAERAH KERIAN MENJADI LALUAN KEPADA 4 BATANG JALAN PERSEKUTUAN FT 001 (SEKSYEN 687.00-720.353) , FT 147 (SEKSYEN 0.00-19.046) , FT 075 ( SEKSYEN 0.00-12.455) DAN FT 3149 (SEKSYEN 0.00-2.200-JALAN INDUSTRI) DENGAN JUMLAH PANJANG KESEMUA NYA BERJUMLAH 67.141 KM. JALAN-JALAN PERSEKUTUAN BERKENAAN DISENGGARA OLEH SYARIKAT KONSESI BELATI WANGSA  SDN BHD DI BAWAH PROJEK PENSWASTAAN PENYENGGARAAN JALAN-JALAN PERSEKUTUAN SEMENANJUNG MALAYSIA. DIKENDALI DAN DISELIA OLEH JKR DAERAH KERIAN. FT 001 ( SEKSYEN 687.00-720.353 ) MERUPAKAN JALAN PERSEKUTUAN YANG MENJADI LALUAN UTAMA YANG MENGHUBUNGKAN ARAH UTARA DAN SELATAN SELAIN DARIPADA LEBUHRAYA PLUS YANG MENJADI ALTERNATIVE KEPADA PENGGUNA. FT 001 – SEPANJANG  33.353 KM TERLETAK DI DALAM DAERAH KERIAN YANG BERMULA DARI SEKSYEN 687.00 BERSEMPADAN DENGAN DAERAH LARUT MATANG DAN BERAKHIR DI SEKSYEN 720.353 BERSEMPADAN DENGAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN .

KEPADATAN PENDUDUK DAERAH KERIAN DAN KAWASAN YANG MENJADI TUMPUAN IALAH PARIT BUNTAR, BAGAN SERAI, KUALA KURAU DAN TANJUNG PIANDANG. MUKIM SELINSING MERUPAKAN KAWASAN YANG PALING KURANG PENDUDUK. DAERAH INI TERKENAL DENGAN PETEMPATAN MASYARAKAT MELAYU BERKETURUNAN BANJAR DI SEKITAR BAGAN SERAI, GUNUNG SEMANGGOL DAN ALOR PONGSU YANG MEMPUNYAI KEUNIKAN BUDAYA DAN AMALAN HIDUP.

DAERAH INI DIKENALI SEBAGAI JELAPANG PADI NEGERI PERAK KERANA TERDAPAT KAWASAN-KAWASAN PENANAMAN PADI YANG LUAS. KEGIATAN SOSIOEKONOMI PENDUDUK SETEMPAT MAJORITY NYA ADALAH PETANI YANG MENGUSAHAKAN SAWAH PADI, SAWIT DAN GETAH MANAKALA SELEBIHNYA SEBAGAI PENIAGA DAN BEKERJA DI SEKTOR AWAM/SWASTA. DAERAH KERIAN JUGA MEMILIKI BANYAK ASSET ALAM SEKITAR (ASET ECO-TOURISM) DAN EKOLOGI YANG SECARA LANSUNG MENYUMBANG KEPADA PENINGKATAN KEMUDAHAN REKREASI DAN PELANCONGAN. ANTARA NYA ADALAH HUTAN SIMPAN PAYA BAKAU YANG BANYAK TERDAPAT DI PERSISIRAN PANTAI KUALA KURAU HINGGA KUALA GULA DAN BERSAMBUNGAN DENGAN HUTAN SIMPAN PAYA BAKAU LARUT MATANG DI KUALA SEPETANG YANG DIIKTIRAF SEBAGAI SALAH SATU KAWASAN HUTAN PAYA BAKAU YANG BERMUTU TINGGI DI DUNIA.

logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 07 Ogos 2020, 09:21:56.