Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta adalah sebuah jabatan teknikal yang terbesar di Daerah Kinta. JKR Daerah Kinta merupakan sebuah agensi pelaksana projek-projek pembangunan prasarana dan kemudahan awam untuk Kerajaan Negeri dan Persekutuan. JKR Daerah Kinta terletak di tengah bandar Ipoh iaitu di Jalan Charleton Ipoh Perak. Pejabat ini merupakan bangunan stor JKR Perak yang telah dinaiktaraf kepada sebuah pejabat JKR Daerah. Selain pejabat ini, JKR Daerah Kinta juga mempunyai pejabat operasi  di Batu Gajah dan sebuah stor di Jalan Connoly Ipoh.

JKR Daerah Kinta ditubuhkan bermula tahun 1955 iaitu En Yusoff Bin Hj Ibrahim adalah Jurutera Daerah yang pertama. Kini, diterajui oleh seorang Jurutera Daerah iaitu Tuan Kamal Afendi bin Desa. Beliau mula berkhidmat di JKR Kinta bermula Januari 2019. Beliau dibantu oleh 5 orang Jurutera iaitu, 2 Jurutera Jalan, 2 Jurutera Bangunan dan 1 orang Jurutera Senggara. JKR Kinta kini mempunyai 190 Pegawai dan Kakitangan dari Kumpulan Pengurusan Professional dan Sokongan yang terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan.

Daerah Kinta mempunyai merangkumi keluasan 130,500 hektar dan merangkumi satu pentadbiran daerah di Batu Gajah. Panjang keseluruhan jalan yang diselenggara oleh JKR Kinta ialah 341.912 kilometer, merangkumi jalan negeri dan jalan persekutuan.

 

 

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 22 Mei 2020, 03:45:13.