• Laman Utama
  • Senarai Berita
  • (05 APRIL 2021) PROGRAM INTERVENSI SESI 3/2021 - DAIF PERAK (2020)- MEROBOH DAN BINA BARU BLOK D (BANGUNAN LAMA ) YANG MENGANDUNGI 4BD, TANDAS DAN STOR DI SK KAMPUNG BAHARU,DAERAH MANJUNG, PERAK.

TARIKH  : 05 APRIL 2021
MASA     : 10.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT JKR MANJUNG

RINGKASAN INFO :

Pada 5 April 2021, CPAB Perak telah mengadakan program Intervensi di JKR Manjung bagi projek Daif Perak (2020)-Meroboh Dan Bina Baru Blok D (Bangunan Lama) Yang Mengandungi 4BD, Tandas Dan Stor Di SK Kampung Baharu, Daerah Manjung, Perak. Projek ini mengalami perbezaan kemajuan fizikal sebanyak 28% (Jadual = 87%, Sebenar = 59%) dengan kelewatan sebanyak 28 hari.

 Isu kelewatan telah bermula dari proses kontraktor mendapatkan sumber kewangan lain pada peringkat permulaan projek. Hal ini disebabkan projek dianugerahkan kpd kontraktor pd hujung tahun 2020 dan peruntukan tidak dapat disalurkan sehingga awal tahun 2021. Kerja-kerja tanah hanya bermula pada pertengahan November sehingga Disember 2020. Selain itu, kontraktor menghadapi masalah seperti bekalan bahan yang ditempah sering lambat tiba di tapak & tidak mencukupi seperti yang ditempah. Masalah mendapatkan pekerja pula bermula sejak PKPB dilaksanakan dimana pekerja yang berada di negeri lain sukar utk merentas negeri. Namun, masalah ini dapat diselesaikan dan pekerja yg berada di tapak pada Ketika ini adalah mencukupi. Antara isu lain yg menyumbang kepada kelewatan adalah keperluan oleh pihak TNB yg mensyaratkan pemasangan tiang elektrik di luar tapak untuk bekalan sementara mengambil masa selama 3 minggu.

 Kesimpulannya, projek ini didapati masih lagi berjalan lancar, namun disarankan untuk mempercepatkan kerja-kerja kritikal. Pengurusan kontraktor di tapak bina berkaitan produktiviti kerja perlu ditingkatkan & menyediakan perancangan yg lebih jelas secara bertulis (dlm bentuk table/gantt chart). Kontraktor juga perlu segera mengemukakan permohonan EOT beserta dokumen sokongan yang lengkap. isu berkaitan bekalan bahan dengan pihak pembekal perlu diselesaikan segera.

 Pihak JKR Manjung perlu memantau dengan lebih rapi kemajuan kerja kontraktor setiap hari & mengadakan mesyuarat tapak setiap 2 minggu.

 

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 17 April 2024, 00:08:52.