KLANG: Pembinaan persimpangan bertingkat yang dijangka akan bermula sebulan dari sekarang dijangka mampu mengurangkan 80 peratus kesesakan di Jalan Meru, |secara berperingkat.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, berkata, projek usaha sama MPK dan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu dijangka siap dalam tempoh 24 bulan. 

"Pembinaan persimpangan bertingkat sepanjang satu kilometer itu membabitkan sebuah penempatan dengan kira-kira 200 rumah," katanya dalam sidang media selepas Taklimat Pembinaan Persimpangan Bertingkat di Jalan Meru kepada Penduduk Bukit Raja, Klang di Dewan Hamzah, MPK di sini hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana, Datuk Teng Chang Kim dan Pengurus Besar Kanan, Unit Bisnes 2 Sime Darby Property Berhad; Mohd Idris Abdullah. 

Ahmad Fadzli berkata, persimpangan bertingkat itu perlu dibina memandangkan kajian yang dilakukan mengambil kira pembangunan keseluruhan Klang Utara masa kini dan tempoh 35 tahun akan datang."Pembangunan ini juga adalah demi memastikan setiap laluan di Klang Utara lebih teratur dan mempunyai pelan penyuraian trafik yang lebih baik. 

"MPK bersama JKR sentiasa mengkaji penaiktarafan secara berperingkat semua laluan di kawasan Klang bagi menampung kepesatan pembangunan sedia ada dan pada masa akan datang," katanya.

 

 



Sumber berita:Berita Harian Online : persimpangan-bertingkat-di-jalan-meru-siap-dalam-tempoh-24-bulan

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 06:39:18.