Penyerahan Projek Pembaikan Cerun Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang telah disempurnakan oleh Timbalan Kerja Raya Negeri Perak, Ir. Abu Bakar Bin Mohamed Said pada 15 Jun 2017. Projek yang menelan belanja sebanyak RM 1,060,736.70 telah disiapkan oleh kontraktor MHBI Enterprise yang melibatkan kerja-kerja di 5 lokasi. Lokasi 1, kerja-kerja soil nailing (136pt) tambahan (23pt) dan kerja-kerja close turfing, lokasi 2, kerja-kerja pembersihan kawasan hydro mulching, kerja-kerja hydro mulching dan kerja-kerja longkang, lokasi 3, kerja-kerja pemotongan slope, soil nailing (210 pt), kerja-kerja drainage, stone piching dan kerja-kerja close turfing, handrail manakala lokasi 4, kerja-kerja pembersihan kawasan hydro mulching dan kerja-kerja hydro mulching, lokasi 5, kerja-kerja drainage, stone piching, handrail dan kerja-kerja close turfing. Projek pembaikan cerun ini telah siap sepenuhnya pada 9 Jun 2017 dan ini merupakan satu kejayaan dimana tarikh siap asal adalah pada 13 Jun 2017.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 06:39:18.