BAHAGIAN KEJURUTERAAN JALAN & STRUKTUR

Perutusan KPP BKJS

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada semua pelanggan JKR Perak dan Selamat Datang ke Portal Web Rasmi Bahagian Kejuruteraan Jalan Dan Struktur.

Pertama sekali saya ingin melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam Portal Web Rasmi Bahagian Kejuruteraan Jalan Dan Struktur ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pegawai yang terlibat dalam pembangunan portal ini. Sesungguhnya dengan berkat kesungguhan dan kegigihan beliau, portal ini telah dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Saya amat berterima kasih dan semoga usaha seperti ini dapat diteruskan di masa-masa hadapan.

Berikut adalah tugas serta fungsi utama bahagian:

  • REKABENTUK STRUKTUR
  • REKABENTUK JALAN
  • PEMERIKSAAN FORENSIK
  • AUDIT INTEGRITI
  • KAJIAN SEMULA REKABENTUK
  • KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 17 April 2024, 00:08:52.