“﷽”

 CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU JKR NEGERI PERAK 

 

       1. Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) merupakan cawangan yang ditubuhkan melalui penstrukturan semula Ibu Pejabat JKR   Malaysia pada tahun 2014.Ianya merupakan gabungan dari Cawangan Pengurusan Projek Kompleks (PROKOM), Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara (BPKS) dan Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN) (sebelum penstrukturan 2014).Oleh yang demikian CPAB Ibu Pejabat Kuala Lumpur telah menubuhkan CPAB disetiap Negeri untuk memantapkan lagi fungsi CPAB dalam Pengurusan Projek. CPAB Negeri Perak telah ditempat ditingkat 2 Ibu Pejabat JKR Perak.

   2.CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU NEGERI PERAK TERDIRI DARIPADA 1 UNIT:-

  i. UNIT PENGURUSAN PORTFOLIO (PMO)

  3.FUNGSI CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU JKR PERAK

  i.PELAKSANAAN DASAR PENGURUSAN PROGRAM & PROJEK

  a.Mengurus penggubalan dasar pengurusan program dan projek

  b.Mengkaji dan menentukan keperluan /pengagihan sumber dalam pelaksanaan projek

  c.Memantau pelaksanaan dasar pengurusan program dan projek

  d.Bertanggugjawab ke atas Operasi PMO Negeri

  e.Menguruskan pelaporan prestasi projek (maklumbalas mesyuarat, jemaah menteri, kabinet, laporan dll)

  f.Melaksanakan kajian kepada operasi dan kebolehkerjaan dan beban tugas Pasukan PMO Negeri dan memberikan pengesyoran bagi penambahbaikan

  g.Melaksanakan  Penilaian Pasukan Projek Persekutuan Negeri dan membentangkan analisa hasil penilaian berkenaan untuk penambahbaikan

  h.Membangunkan mekanisma dalam  menyelaras pelaksanaan kursus dan latihan teknikal dan soft skill yang dilaksanakan oleh JKR Daerah/Bahagian bagi membantu JKR Daerah & Bahagian menyediakan pegawai yang kompeten

  i.Menyemak KPI dan Analisa pencapaian serta mencadangkan pengesyoran bagi penambahbaikan

  ii.PENGURUSAN PRESTASI PROJEK

  a.Melaksanakan dasar pemilihan projek untuk dilaksanakan oleh jabatan

  b.Menilai status pelaksanaan projek dan mencadangkan pelan pemulihan

  c.Mencadang penambaikan sistem pemantauan dan pelaporan projek

  d.Menguruskan penyelarasan bersama pihak Agensi Pusat  dan  Negeri didalam pemerkasaan dan pemantauan inisiatif AP 182 yang dirancang oleh JKR

  e.Menyedia analisa dan pembentangan kepada pihak pengurusan didalam mesyuarat-mesyuarat

  f.Menyelaras, menyedia dan membentangkan status projek berprofil tinggi dan memantau status projek berkenaan

  g.Menyediakan draf Surat Arahan KPKR, berkaitan projek dan arahan dasar pengurusan tertinggi JKR dan memantau pelaksanaan dan pematuhan kepada SA KPKR berkenaan

  h.Menyelaras pelaksanaan projek penswastaan (PPP) di bawah UKAS sebagai penasihat kepada Jabatan

  iii.AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PROJEK

  a.Membangunkan urustadbir dalam merancang dan memastikan pelaksanaan amalan terbaik pengurusan projek dilaksana dan dipantau

  b.Mengkaji tahap kepenggunaan amalan terbaik dan mencadangkan penambahbaikan

  c.Memberi khidmat nasihat kepakaran dan pemudahcara berkaitan amalan terbaik kepada pasukan projek

  d.Menguruskan dokumentasi berkaitan dokumen amalan terbaik pengurusan projek  (standard, garis panduan, review dll).

  e.Menyelaras dengan JKR Daerah dan Bahagian  agar dibangunkan program Champion Amalan Terbaik di setiap Daerah dan Bahagian.

  f.Mengukur prestasi dan melaksanakan PHC dan Intervensi bagi projek-projek JKR, analisa dan menyediakan cadangan penambahbaikan

  g.Membuat analisa dan pengesyoran jumlah pegawai di tapak yang sesuai berkadaran dengan keadaan projek mengikut negeri dan kompleksiti projek

  h.Menyelaras dan melaksana Gerbang Nilai untuk projek-projek JKR termasuk sistem tadbir urus, proses kerja prosedur dan sebagainya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Friday 29 March 2024, 03:51:49.