Kejohanan Sukan Kerja Raya 2018 dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan lain-lain yang terlibat. Kejohanan ini berlangsung selama empat hari bermula dari 14 November 2018 hingga ke 17 November 2018. Sebanyak 16 acara dipertandingkan dan Jabatan Kerja Raya Negeri Perak telah menghantar wakil bagi semua permainan. Kejohanan Sukan Kerja Raya 2018 ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd. Tahir di Malam Perasmian Kejohanan Sukan Kerja Raya 2018 yang dihadiri oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya dan YBhg. Dato' Ir. Hj. Ahameed Tarmizi bin Ramli, Pengarah Kerja Raya Negeri Perak dan Tetamu Kehormat yang lain.

Yang Berhomat Menteri Kerja Raya Tuan Baru Bian menyerahkan Piala Pusingan kepada Johan bagi setiap permainan di Majlis Penutup Kejohanan Sukan Kerja Raya 2018 seterusnya merasmikan majlis tersebut. Tahniah kepada pasukan pemain Tenpin Bowling telah berjaya memperoleh tempat pertama, tahniah juga bagi pasukan Dart dan pasukan Boling Padang berjaya memperoleh tempat kedua.Temasya Sukan ini telah berjalan dengan lancar dan ucapan setinggi tahniah kepada semua pasukan yang bertanding.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 17 April 2024, 00:08:52.