Jelajah FTRoadpedia telah diperluaskan ke Zon Utara iaitu bermula dari Kuala Lumpur - Selangor - Perak - Pulau Pinang. Program tersebut telah bermula pada 29 Julai 2017 ke Perak, dimana pihak JKR Negeri Perak telah menyambut ketibaan Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Ketua dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kerja Raya, jabatan dan agensi berkaitan di Sempadan Selangor - Perak (Tanjung Malim). Penyerahan frame 'Jelajah FTRoadpedia' telah disampaikan kepada Pengarah Kerja Raya Perak dan Jurutera-jurutera Daerah oleh Menteri Kerja Raya.

Perjalanan telah diteruskan ke Kuala Kangsar untuk makan tengahari dan solat zohor di Masjid Ubudiah dan terus ke Daerah Kerian untuk melawat tapak Hospital Parit Buntar. Taklimat ringkas telah disampaikan  oleh En. Azman bin Abdul Manaf, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan. Usai lawatan ke tapak hospital, rombongan telah dibawa singgah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang Wahab, Parit Buntar untuk meninjau kerja – kerja pembaikan sekolah dimana taklimat telah disampaikan oleh Jurutera Daerah Kerian, En. Razali Bin Mohd Shaili.

 

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Friday 22 September 2023, 06:56:53.