Sejarah JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Perak

 

 

 

Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebuah Jabatan teknikal terpenting di Malaysia. Di Negeri Perak, Cawangan ini telah ditubuhkan pada tahun 1972 sehingga kini menjadi sebuah agensi pelaksanaan projek-projek pembangunan prasarana dan kemudahan-kemudahan awam serta dipertanggungjawabkan ke atas kerja-kerja rekabentuk pendawaian elektrik, perolehan dan penyeliaan projek-projek infrastruktur untuk Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Pada awalnya berpejabat di Tingkat 7, Bangunan (Lama) Kerajaan Negeri Perak, di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh. Mula beroperasi di bangunan sendiri di Lorong Lahat, Kg Temiang mulai 1 April 1979. Beberapa Cawangan yang terdiri daripada anggota kecil kakitangan juga diwujudkan bermula dengan Daerah Kuala Kangsar, Taiping, Kerian, Hulu Perak, Manjung, Hilir Perak, Batang Padang dan Daerah Perak Tengah.

Selain dari Pengurusan Projek Pembangunan, JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Perak juga menjalankan kerja-kerja Penyelenggaraan Bangunan-Bangunan Kerajaan, Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Persekutuan dan Negeri serta memberikan khidmat nasihat teknikal kepada Jabatan-Jabatan serta agensi Kerajaan yang lain.

Bagi merealisasikan hasrat Kerajaan untuk pembangunan kepada rakyat negeri Perak khasnya, Cawangan ini dipimpin oleh Ir. Haji Kamaruzaman Bin Kasimin selaku Ketua Jurutera Elektrik Negeri. Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Perak kini mempunyai 6 Pegawai Kanan dan 83 orang kakitangan pelaksanaan dari seluruh pelusuk Negeri Perak

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 30 November 2022, 06:51:54.