20 Oktober 2016 - Majlis Penyerahan Bangunan Jeti Awam Pangkalan Aman, Pulau Banding Gerik Hulu Perak telah berlangsung pada 20 Oktober 2016 di Jeti Awam Pangkalan Aman, Pulau Banding, Gerik, Perak. Penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jamilol Nasir Bin Saad, Pengarah Kerja Raya Negeri Perak kepada wakil pelanggan iaitu Ir. Hafidz Bin Hashim, Pengarah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara. Pembinaan projek telah bermula pada 20 Januari 2014 dan siap pada 9 September 2016.

Bangunan Jeti Awam merupakan bangunan dua (2) tingkat dimana ianya telah dilengkapi dengan bilik mesyuarat, pejabat, ruang menunggu, bilik pemandu pelancong dan bilik sakit, surau dan lain-lain kemudahan. Projek ini telah dilaksanakan dengan kos RM 18,135,000.00. Semoga dengan penyerahan projek bangunan ini menjaid harapan agar bangunan ini dapat beroperasi dengan baik dan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat selain memastikan kemudahan dan keselesaan dapat dinikmati oleh orang awam.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 06:39:18.