Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Perak adalah sebuah jabatan teknikal yang terbesar di Daerah Hulu Perak. JKR Hulu Perak merupakan sebuah agensi pelaksana projek-projek pembangunan prasarana dan kemudahan awam untuk Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

JKR Hulu Perak diterajui oleh seorang Jurutera Daerah iaitu Ir. Ts. Mohd Fadzly Bin Ahmad Zawawi A.M.P.. Beliau mula berkhidmat di JKR Hulu Perak bermula Julai 2021. Beliau dibantu oleh 2 orang Jurutera iaitu, Jurutera Jalan dan Jurutera Bangunan. JKR Hulu Perak kini mempunyai 115 Pegawai dan Kakitangan dari Kumpulan Pengurusan Professional dan Sokongan yang terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan.

JKR Hulu Perak sebelum ini beroperasi di Bangunan Gunasama Negeri Perak yang terletak bersebelahan Mahkamah Daerah Gerik. Kini JKR Hulu Perak beroperasi di bangunan baru yang terletak di Jalan Suda Utama, Air Suda, Gerik. Bangunan baru yang bernilai RM 3.6 juta mula diduduki pada 2008 dan telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Julai 2010.

Daerah Hulu Perak mengandungi 3 daerah kecil, merangkumi keluasan 85128.79 hektar dari Daerah Kecil Lenggong, Daerah Kecil Gerik hingga ke Daerah Kecil Pengkalan Hulu. Panjang keseluruhan jalan yang diselenggara oleh JKR Hulu Perak ialah 355.219 kilometer, merangkumi jalan negeri dan jalan persekutuan.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 17 April 2024, 00:08:52.