JKR Batang Padang merupakan salah satu daripada sepuluh JKR Daerah dibawah seliaan JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN.

 

Fungsi dan aktiviti adalah seperti berikut:

  • Merancang dan melaksanakan projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam termasuk jalan, jambatan, elektrikal dan bangunan bagi pelbagai kementerian dan jabatan.
  • Menyelenggara dan membaiki infrastrutur dan kemudahan awam termasuk jalan, jambatan, kemudahan elektrikal seperti lampu jalan, lampu isyarat jalan dan bangunan negeri serta persekutuan.
  • Memberi lain-lain perkhidmatan dan nasihat teknikal yang diperlukan oleh pelbagai agensi.

 

 

SEJARAH JKR BATANG PADANG

JKR Batang Padang telah diwujudkan dengan nama ‘PWD SOUTH PERAK’ pada tahun 1895 diketuai oleh Ir . P .B Mac Glashan. Pada tahun 1934 Pejabat Kecil JKR Batang Padang (PWD South Perak) diwujudkan di Tanjung Malim.

Selepas perang dunia kedua ketika pentadbiran Inggeris kembali menguasai Tanah melayu, seramai 15 orang jurutera telah ditukar ganti mengetuai ‘PWD SOUTH PERAK’ disekitar tahun 1946 hingga tahun 1961. Walaupun Tanah Melayu telah mencapai Kemerdekaan pada 1957, hanya pada tahun 1961 PWD South Perak diketuai oleh rakyat Malaysia, Ir . Yeap Hooi Eng.

Pada tahun 1963, PWD South Perak, Jurutera daerah ketika itu Ir . A. Navaratham, mendapat bangunan sendiri di Tapah Road. Pada awal tahun 1980an nama PWD South Perak telah ditukar kepada JKR Daerah Batang Padang. Pada 1993, Pejabat Kecil Bahagian Tanjong Malim telah pindahkan ke Slim River .

Pada tahun 1998 dibawah Jurutera Daerah Ir . Tuan Lah Bin Tuan Mat dan Ir . Hj. Yusoff Bin Abdul Hamid telah merancang pembinaan bangunan baru di Jalan Kelab Tapah. Bangunan ini telah siap diduduki pada tahun 2002 dan dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 8 Jun 2004.

Daerah Batang Padang terletak di bahagian Selatan adalah merupakan daerah kedua terbesar dalam negeri perak.

Daerah ini dibahagikan kepada 4 buah Mukim iaitu Mukim Chenderiang,Batang Padang,Bidor dan Sungkai. 

Daerah Batang Padang mengandungi satu Majlis Daerah Tapah.

logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Sabtu 02 Julai 2022, 10:36:57.