• Laman Utama
  • Senarai Berita
  • (15 MAC 2021) PROGRAM INTERVENSI SESI 1/2021 - PEMBINAAN BANGUNAN RADAR, PEJABAT DAN 2 UNIT KUARTERS (KOMPONEN 3) DI KUALA GULA, PERAK.

TARIKH  : 15 MAC 2021
MASA     : 10.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PEJABAT TAPAK PROJEK

RINGKASAN INFO :

Pada 15 Mac 2021, CPAB Perak telah mengadakan program Intervensi di JKR Kerian bagi Projek Pembinaan Bangunan Radar, Pejabat Dan 2 Unit Kuarters (Komponen 3) Di Kuala Gula, Perak. Projek ini mengalami perbezaan kemajuan fizikal sebanyak 14.43% (Jadual = 69.43%, Sebenar = 55%) dengan kelewatan sebanyak 46 hari.

 Isu kelewatan bagi projek ini telah bermula sejak kerja penambakan tanah. Kerja rawatan tanah yg asalnya mengambil masa selama 6 bulan telah bertambah menjadi 9 bulan untuk mencapai spesifikasi yg ditetapkan. Kontraktor hanya memulakan kerja piling sejurus selesai kerja rawatan tanah & tambakan. Kerja-kerja lain seterusnya turut lewat dimulakan. Selain itu, antara masalah yang dihadapi kontraktor adalah sukar mendapatkan pekerja bermula dari PKP dilaksanakan dimana pekerja yang berada di negeri lain sukar utk merentas negeri. Pekerja tempatan pula sukar diperolehi kerana mentaliti masyarakat Malaysia yang memilih pekerjaan.

 Kesimpulannya, Kontraktor disarankan untuk mempercepatkan kerja-kerja kritikal dan pengurusan kontraktor di tapak bina berkaitan produktiviti kerja perlu ditingkatkan contohnya menjalankan kerja di beberapa lokasi secara serentak. Kontraktor juga disarankan untuk menambah bilangan pekerja di tapak & bekerja lebih masa bagi meningkatkan prestasi kerja. Selain itu, Recovery plan yang dibuat perlu realistik bersesuaian dengan tenaga kerja & baki masa yg ada.


 

 

 

 

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024, 02:01:12.