• Laman Utama
  • Senarai Berita
  • (31 MAC 2021) PROGRAM INTERVENSI SESI 2/2021 - MENAIKTARAF KUARTERS JABATAN PERTANIAN TITI GANTUNG, MUKIM BOTA, DAERAH PERAK TENGAH, PERAK.

TARIKH  : 31 MAC 2021
MASA     : 10.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT JKR PERAK TENGAH

RINGKASAN INFO :

Pada 31 Mac 2021, CPAB Perak telah mengadakan program Intervensi di JKR Perak Tengah bagi projek Kerja-Kerja Naiktaraf Kuarters Jabatan Pertanian Titi Gantung,Mukim Bota, Daerah Perak Tengah, Perak. Projek ini mengalami perbezaan kemajuan fizikal sebanyak 24% (Jadual = 81%, Sebenar = 57%) dengan kelewatan sebanyak 22 hari.

 Isu kelewatan yang ketara didapati berlaku sejak selepas tempoh PKP tamat & prestasi kemajuan kerja di tapak semakin menurun. Semenjak tempoh PKP berakhir, hanya 6 org pekerja sahaja yang berada di tapak kerana sebilangan besar pekerja lain telah pulang ke negara asal. Sehingga 25.3.21, kemajuan fizikal adalah 57% berbanding jadual 81%. Kerja di tapak gagal dilaksanakan mengikut jadual seperti dalam Program Kerja yang dirancang disebabkan kelemahan pengurusan kontraktor di tapak. Selain itu, masalah yg dihadapi kontraktor antaranya bahan mentah yg ditempah oleh kontraktor sering mengalami kelewatan penghantaran ke tapak oleh pembekal.

 Kesimpulannya, Pasukan Penilai merumuskan bahawa kelewatan projek ini disebabkan oleh kelemahan pengurusan kontraktor, tiada perancangan & pelaksanaan kerja yg tidak kemas.

Oleh itu, JKR Perak Tengah disarankan untuk memantau dengan lebih rapi kemajuan kerja kontraktor setiap hari (selepas cadangan Gantt Chart yg akan dikemukakan oleh Kontraktor pd 7 April 2021). Selain itu, pihak kontraktor turut dicadangkan untuk melaksanakan DOA bagi baki kerja.

  

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 10 Ogos 2022, 13:15:34.