• Laman Utama
  • Senarai Berita
  • (12 APRIL 2021) PROGRAM PROJECT HEALTH CHECK (PHC) SESI 1/2021- PEMBINAAN KUARTERS BERTINGKAT DI PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR, SUNGKAI, PERAK

 

TARIKH  : 12 APRIL 2021
MASA     : 10.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PEJABAT TAPAK PROJEK

Pengenalan

 Project Health Check adalah satu proses semakan bebas status projek dalam satu-satu masa dalam kitar hayat sesuatu projek. Sekiranya mana-mana projek JKR berjalan lancar dalam mencapai sasaran menurut pelan pengurusan projek, ia boleh dianggap satu projek yang baik. Manakala projek yang melebihi peruntukan, lewat daripada jadual, menghasilkan produk berkualiti rendah atau tidak memenuhi ciri-ciri projek, maka projek tersebut dianggap bermasalah.

 Masalah utama di JKR adalah kelewatan dalam penyerahan projek. Justeru itu, Project Health Check adalah suatu proses yang boleh digunapakai pada peringkat awal untuk menilai status projek berdasarkan kepada pematuhan kepada Praktik Terbaik Pengurusan Projek JKR, jadual pelaksanaan projek termasuk critical path dan juga kemajuan fizikal di tapak. Penilaian samada risiko diuruskan sebaiknya juga diambil perhatian dalam proses Project Health Check ini.

 Project Health Check adalah satu pemeriksaan ringkas tetapi lengkap yang dijalankan oleh sepasukan Poject Health Check Practitioner yang dilantik oleh Porfolio/Program/ Project Office. Ia bukanlah satu proses audit secara formal. Tugas utama Project Health Check ialah untuk mendapatkan status sebenar dan juga mengenalpasti bahawa risiko- risiko dalam projek diuruskan secara sebaiknya.

 Manual pelaksana Project Health Check ini dapat memberi panduan kepada pengurus- pengurus projek untuk merancang dan mengetahui prosedur dan arahan-arahan kerja yang terlibat tentang bagaimana sesuatu projek itu boleh mendapatkan khidmat dan penilaian status semasa dalam tempoh kitar hayat projek tersebut.

 

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 10 Ogos 2022, 13:15:34.