NOTIS SEBUT HARGA KERJA

SEBUT HARGA JKR TLDM LUMUT BIL: JKR(TLDM)SH/A/19/2021

KERJA - KERJA NAIKTARAF BANGUNAN PENGINAPAN (BAKAWALI) IAITU PEMBINAAN PERABOT LEKAP DAN RUANG PENYIMPANAN UNTUK BILIK TIDUR SERTA KERJA - KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI WISMA BINTARA TLDM LUMUT.

1. Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK, STB dan Sijil Pusat Kontraktor Sabah (PUKONSA) (di Sabah) atau PPK, STB dan sijil Unit Pendaftaran Kerja dan Juruperunding (UPKJ) (di Sarawak) dalam Gred G3 Kategori B&CE Pengkhususan B04 & CE21 atau Kementerian Kewangan

2. Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Taklimat sebut harga boleh disemak di pautan GOOGLE DRIVE seperti berikut mulai 01/07/2021(Khamis): https://drive.google.com/.../1aRNG2aUrDqxqdNHg81b.../view...

3. Kontraktor DIWAJIBKAN mendaftar melalui GOOGLE FORM dipautan https://forms.gle/cQBepLYQxLR4JPdUA bermula pada 01/07/2021 (Khamis) sehingga 05/07/2021(Isnin).

4. Dokumen sebut harga akan ditawarkan kepada Kontraktor yang LULUS pendaftaran sah sahaja. Untuk maksud ini, DOKUMEN SEBUT HARGA akan diserahkan melalui e-mel kepada Kontraktor mulai 16/07/2021 (Jumaat).

5. Dokumen sebutharga dalam bentuk (SALINAN CETAK) yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar melalui pos berdaftar atau perkhidmatan kurier ke alamat PEJABAT JURUTERA AWAM KANAN, UNIT JKR PANGKALAN TLDM LUMUT, 32100, LUMUT PERAK (tel: 05-6835409 / 012-4481681 / 019-5761565) dan hendaklah sampai sebelum jam 12.00 tengahari pada 28/07/2021(Rabu).

“Sebut harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/kurier, Penyebut harga hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada Tarikh Tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada pukul 12 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan”

6. Kontraktor yang sah hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakan sosial oleh KKM dan MKN untuk proses penyerahan Dokumen Sebut Harga.

7. Peringatan Mesra: Kem Tentera adalah kawasan larangan. Kebenaran Khas diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja di tapak.

 

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 06:39:18.