NOTIS SEBUT HARGA KERJA
SEBUT HARGA JKR TLDM LUMUT BIL: JKR(TLDM)SH/M/21/2021
TAJUK KERJA :
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM PENYAMAN UDARA UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN DI WISMA SURIA, KDSI I, PANGKALAN TLDM LUMUT, PERAK DARUL RIDZUAN.
1. Sebut Harga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB)1 serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK, STB dan sijil Pusat Kontraktor Sabah (PUKONSA) (di Sabah) atau PPK, STB dan sijil Unit Pendaftaran Kerja dan Juruperunding (UPKJ) (di Sarawak) dalam Gred G2 (NEGERI PERAK) Kategori ME Pengkhususan M01 atau Kementerian Kewangan ……………………
2. Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Taklimat sebut harga boleh disemak di pautan GOOGLE DRIVE seperti berikut mulai 22/9/2021 (Rabu):
https://drive.google.com/.../1pQ31OqVL4j3noC6_I6u.../view...
3. Kontraktor DIWAJIBKAN mendaftar melalui GOOGLE FORM dipautan berikut:
https://forms.gle/hDuX4ZagheiAUAVM9 pada 22/9/2021 (Rabu) sehingga 26/9/2021 (Ahad).
4. Dokumen sebut harga akan ditawarkan kepada Kontraktor yang LULUS pendaftaran sah sahaja. Untuk maksud ini, DOKUMEN SEBUT HARGA akan diserahkan melalui emel kepada Kontraktor mulai 29/9/2021 (Rabu).
5. Dokumen sebutharga dalam bentuk (SALINAN CETAK) yang telah diisi dengan lengkap boleh dihantar melalui pos berdaftar atau perkhidmatan kurier ke alamat PEJABAT JURUTERA AWAM KANAN, UNIT JKR, PANGKALAN TLDM LUMUT, 32100 LUMUT, PERAK (tel: 05-6835409 / 012-4481681 / 019-5761565) dan hendaklah sampai sebelum jam 12.00 tengah hari pada 6/10/2021 (Rabu).
“Tender/Sebutharga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/kurier, Petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada Tarikh Tutup tender/sebutharga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan”
6. Kontraktor yang sah hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakan sosial oleh KKM dan MKN untuk proses penyerahan Dokumen Sebut Harga.
7. Peringatan Mesra: Kem Tentera adalah kawasan larangan awam. Pekerja berstatus Warganegara Malaysia diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja di tapak.