NOTIS SEBUT HARGA KERJA

SEBUT HARGA JKR TLDM LUMUT BIL: JKR(TLDM)SH/M/26/2021

TAJUK KERJA :

KERJA-KERJA PENGGANTIAN SISTEM PENGHAWA DINGIN DI WISMA SAMUDERA, PANGKALAN TLDM, LUMUT, PERAK.

1. Sebut Harga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB)1 serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK, STB dan sijil Pusat Kontraktor Sabah (PUKONSA) (di Sabah) atau PPK, STB dan sijil Unit Pendaftaran Kerja dan Juruperunding (UPKJ) (di Sarawak) dalam Gred G2 (NEGERI PERAK) Kategori ME Pengkhususan M01 atau Kementerian Kewangan ……………………

2. Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Taklimat sebut harga boleh disemak di pautan GOOGLE DRIVE seperti berikut mulai 11/10/2021(Isnin):

https://docs.google.com/.../1soHiSDcuVsYd11i9wV.../edit...

3. Kontraktor DIWAJIBKAN mendaftar melalui GOOGLE FORM dipautan berikut:

https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdqLu.../viewform bermula pada 11/10/ 2021 sehingga 13/10/2021.

4. Dokumen sebut harga akan ditawarkan kepada Kontraktor yang LULUS pendaftaran sah sahaja. Untuk maksud ini, DOKUMEN SEBUT HARGA akan diserahkan melalui emel kepada Kontraktor mulai 15/10/2021 (Jumaat).

5. Dokumen sebutharga dalam bentuk (SALINAN CETAK) yang telah diisi dengan lengkap boleh dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Pejabat JKR PANGKALAN TLDM LUMUT, PERAK tidak lewat dari jam 12.00 tengahari, hari 25/10/2021 (Isnin).
Kontraktor yang sah hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakan sosial oleh KKM dan MKN untuk proses penyerahan Dokumen Sebut Harga.

7. Peringatan Mesra: Kem Tentera adalah kawasan larangan awam. Pekerja berstatus Warganegara Malaysia diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja di tapak.

 

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 24 April 2024, 00:09:08.