NOTIS SEBUT HARGA KERJA

SEBUT HARGA JKR TLDM LUMUT BIL: JKR(TLDM)SH/A/32/2021

KERJA - KERJA MENAIKTARAF LANTAI DAN PINTU BILIK DI BLOK PENGINAPAN
TG. PO, WISMA SAMUDERA SERTA KERJA - KERJA LAIN YANG BERKAITAN DENGANNYA DI PANGKALAN TLDM LUMUT, PERAK DARUL RIDZUAN.

1. Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK, STB dan Sijil Pusat Kontraktor Sabah (PUKONSA) (di Sabah) atau PPK, STB dan sijil Unit Pendaftaran Kerja dan Juruperunding (UPKJ) (di Sarawak) dalam Gred G3 Kategori B & CE Pengkhususan B04 & CE21 atau Kementerian Kewangan

2. Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Taklimat sebut harga boleh disemak di pautan GOOGLE DRIVE seperti berikut mulai 02/11/2021(Selasa): https://drive.google.com/.../1PjjmMqEttYUKC1B8oBu.../view...

3. Kontraktor DIWAJIBKAN mendaftar melalui GOOGLE FORM dipautan https://forms.gle/yvVyFuUyj93QdbEQ6 bermula pada 02/11/2021 (Selasa) sehingga 06/11/2021(Sabtu).

4. Dokumen sebut harga akan ditawarkan kepada Kontraktor yang LULUS pendaftaran sah sahaja. Untuk maksud ini, DOKUMEN SEBUT HARGA akan diserahkan melalui e-mel kepada Kontraktor mulai 11/11/2021 (Khamis).

5. Dokumen sebutharga dalam bentuk (SALINAN CETAK) yang telah diisi dengan lengkap boleh dihantar melalui pos berdaftar atau perkhidmatan kurier ke alamat PEJABAT JURUTERA AWAM KANAN, UNIT JKR PANGKALAN TLDM LUMUT, 32100, LUMUT, PERAK DARUL RIDZUAN (Tel: 05-6835409 / 012-4481681 / 019-5761565) dan hendaklah sampai sebelum jam 12.00 tengahari pada 18/11/2021(Khamis).

“Sebut harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/kurier, Penyebut harga hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada Tarikh Tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada pukul 12 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan”

6. Kontraktor yang sah hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakan sosial oleh KKM dan MKN untuk proses penyerahan Dokumen Sebut Harga.

7. Peringatan Mesra: Kem Tentera adalah kawasan larangan. Kebenaran Khas diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja di tapak.

 

logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 18 Mei 2022, 00:36:27.