Jabatan Kerja Raya Perak telah menganjurkan Hari Wanita JKR Perak €œMemertabatkan Wanita€ pada 20 Julai 2012 bertempat di perkarangan Ibu Pejabat JKR Perak.

Karnival yang julung-julung kali diadakan ini adalah bertujuan mengsinergikan anggota wanita JKR Perak agar menjadi wanita yang proaktif disamping mempereratkan silatulrrahim dikalangan warga anggota Jabatan.

Lantaran itu, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti ceramah kekeluargaan dan ketrampilan diri, pemereksaan kesihatan, program kesedaran mengenai kanser, derma darah, gerai jualan, pertandingan gubahan serta pameran.

Selain itu, terdapat juga jualan yang bertemakan €œHulurkan Tangan , Ringankan Beban€ dilaksanakan bagi menjana dana dan hasil tersebut diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 25 April 2024, 00:56:59.