Keriangan 1 Syawal kini dirasai. Aidilfitri adalah antara sambutan perayaan terbesar dalam tradisi keagamaan Islam. Dari sudut kerohanian, perayaan ini adalah sambutan kemenangan umat Islam kerana kejayaan mereka menyempurnakan ibadah puasa yang amat mulia di sisi Allah SWT. Kejayaan ini harus diraikan kerana bagi seseorang Muslim, tidak ada satu pencapaian yang lebih besar selain berkesempatan dan berkeupayaan menyempurnakan perintah ibadah Tuhan yang menciptakan.

Ketika kita sedang bergembira menyambut Idulfitri ini, kita perlu insaf dan sedar bahawa terdapat saudara mara, kaum kerabat, jiran, sahabat-kenalan, anak-anak yatim dan saudara seagama kita yang menyambut Idulfitri dalam keadaan sukar. Sehubungan dengan itu bagi meringankan beban warga JKR yang kurang berkemampuan, bantuan berupa barangan makanan telah diberikan dikalangan warga JKR. Sumbangan telah disampaikan oleh Dato€™ Ir. Dr. Safry Kamal Bin Hj. Ahmad Pengarah JKR Perak.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 25 April 2024, 00:56:59.