Majlis penyerahan Projek kerja ubah suai Makam Tok Temong Kati telah disempurnakan oleh Toh Paduka Setia Dato€™ Ir. Dr Safry Kamal bin Haji Ahmad, Pengarah Kerja Raya Negeri Perak kepada Puan Nor Janti binti Ibrahim, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Perak pada 5 Julai 2013.
Majlis berlangsung di perkarangan Makam Tok Temong dan dihadiri oleh penduduk setempat, orang besar jajahan, pegawai-pegawai kanan JKR Daerah Kuala Kangsar dan pegawai daripada Lembaga Mizium Negeri Perak. Selain daripada menandatangani dokumen penyerahan ubah suai makam diadakan juga majlis tahlil dan doa selamat.