JKR Perak menempa sejarah apabila melancarkan Ikrar Integriti Korporat (CIP) dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Majlis pelancaran telah diadakan pada 17 March 2014 (Isnin) bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan SUK Negeri Perak.

Tujuan utama majlis ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan JKR Perak kepada rakyat dengan harapan dapat mengubah persepsi negatif segelintir masyarakat terhadap jabatan.

Nilai-nilai integriti yang diamalkan dalam melaksanakan tugas harian diharap dapat mengurangkan pembaziran dari segi kos dan masa dalam pelaksanaan projek sekaligus dapat meningkatkan imej JKR sebagai sebuah jabatan yang berintegriti.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 25 April 2024, 00:56:59.