Jabatan Kerja Raya Malaysia kini telah melangkah setapak lagi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan melaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga. Sistem ini merupakan sistem yang mematuhi piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia iaitu MSISO50001:2011.
Pasukan Audit Tenaga Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menjalankan satu audit tenaga ke atas Bangunan Ibu Pejabat JKR Perak Darul Ridzuan, bertujuan untuk melaksanakan sistem ini untuk meningkatkan penjimatan dan kecekapan penggunaan tenaga bangunan dan akan menjadi perintis kepada bangunan-bangunan kerajaan yang lain.