Bertemakan 'Inovasi Nadi Kesiagaan Transformasi', Hari Inovasi & Majlis Penghargaan Pesara JKR Perak 2017 telah diadakan pada 16 November 2017 bertempat di Dataran JKR Perak. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh YB Dato' Haji Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air. Pada majlis tersebut , YB Dato Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin turut menyampaikan anugerah kepada pemenang Anugerah Inovasi JKR Negeri Perak Tahun 2017.
Berikut pemenang Anugerah Inovasi mengikut kategori:
Bil. | Kategori Anugerah Inovasi | Tempat |
1. | Pengurusan Kewangan | Pertama : JKR Daerah Perak Tengah |
Kedua: JKR Daerah Kuala Kangsar | ||
Ketiga: JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | ||
2. | Pengurusan Projek Jalan Terbaik | Pertama: JKR Daerah Hilir Perak |
Kedua: JKR Daerah Kerian | ||
Ketiga: JKR Daerah Kuala Kangsar | ||
3. | Pengurusan Projek Bangunan Terbaik | Pertama: JKR Daerah Manjung |
Kedua : JKR Daerah Larut, Matang & Selama | ||
Ketiga : JKR Daerah Perak Tengah | ||
4. | Fasiliti Jalan Terbaik | Pertama : JKR Daerah Manjung |
Kedua : JKR Daerah Kinta | ||
Ketiga : JKR Daerah Kuala Kangsar | ||
5. | Pengurusan Kontrak Terbaik | Pertama : JKR Daerah Perak Tengah |
Kedua: JKR Daerah Larut, Matang & Selama | ||
Ketiga: JKR Daerah Kerian | ||
6. | Pengurusan Aset Terbaik | Pertama: JKR Daerah Kuala Kangsar |
Kedua: JKR Unit TLDM, Lumut | ||
Ketiga: JKR Daerah Larut, Matang & Selama | ||
7. | Inovasi JKR Perak | Pertama: Kump. Teras 2 (2013), JKR Daerah Batang Padang |
Kedua: Kump. KIK, JKR Daerah Hilir Perak | ||
Kump. Q-Champ, JKR Daerah Larut, Matang & Selama |
Johan Keseluruhan Pertandingan Inovasi JKR Perak 2017 telah dimenangi JKR Daerah Perak Tengah. Selain itu majlis turut meraikan kakitangan yang bersara pada tahun ini seramai 59 pesara wajib dan 20 pesara pilihan bagi anggota JKR Negeri dan seramai 15 pesara wajib dan 5 pesara pilihan bagi anggota JKR Persekutuan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Hari Inovasi JKR Perak 2017.