PERMOHONAN PEMBANGUNAN TEPI JALAN
[Prosedur Kualiti JKR(PK)TJ/1]
[Senarai] [PTJ1] [PTJ2] [PTJ3] [PTJ4] [Carta Aliran]
DEFINISI PROSIDUR
- Permohonan adalah Individu, Juru perunding, Kerajaan Tempatan, atau Jabatan Kerajaan yang membuat permohonan.
- Skim perumahan merangkumi pembinaan rumah jenis sebuah atau lebih, teres,pangsa, kedai, pejabat, bangunan, bengkel dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
TUJUAN PROSIDUR
Prosedur ini adalah tatacara memberi kelulusan dan/atau khidmat nasihat ke atas sesuatu permohonan pembangunan tepi jalan bagi memastikan kelulusan dan/atau khidmat nasihat teratur dan mematuhi polisi-polisi yang terbabit agar keselamatan lalulintas terjamin.
SKOP PROSIDUR
Prosedur ini digunapakai untuk memberi kelulusan persimpangan jalan keluar/masuk dan papan tanda dan/atau khidmat nasihat dalam memproses pemohonan pembangunan tepi jalan Negeri dan Persekutuan yang diterima daripada pemohon. Jenis-jenis permohonan yang berbentuk kelulusan adalah seperti berikut:-
a. Signboard Application
b. Permohonan Kelulusan Persimpangan Jalan Keluar/Masuk
- Industri
- Skim Perumahan
- Stesen Minyak
Jenis-jenis permohonan yang berbentuk khidmat nasihat adalah seperti berikut:-
a. Tukar Syarat Tanah Milik:-
- Industri
- Skim Perumahan
- Stesen Minyak
b. Permohonan Tanah Kerajaan / Pecah Sempadan
- Industri
- Skim Perumahan
- Stesen Minyak
- Pertanian/Ternakan
- Bangunan/Bengkel
- Kuari
c. Permohonan Lombong Pasir / Tanah Merah / Kuari.
d. Permohonan Membangun Tanah Persendirian.
Dalam melaksanakan proses tindakan, hanya salah seorang pegawai sahaja yang ternyata diruang tanggungjawab akan mengambil tindakan mengikut sumber manusia yang terdapat di pejabat yang terlibat.