Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya , kita diberi peluang berjumpa di penghujung tahun 2020. Saya mengucapkan salam sejahtera kepada seluruh  warga kerja JKR Perak  Darul Ridzuan .

Halatuju JKR Perak terutamanya dalam menyiapkan projek pembangunan  bagi jabatan dan agensi kerajaan di negeri Perak merupakan peranan utama kita. Peruntukan Persekutuan dan Negeri yang di salurkan  ke JKR Perak perlu di selaraskan secara sistematik  bermula dari fasa perancangan, rekabentuk dan berakhir ke fasa pembinaan kearah  memberi perkhidmatan yang  selesa dan selamat kepada pelanggan kita .

Saya percaya dengan segala kepakaran profesional yang JKR ada ,  kita masih mempunyai peluang yang luas untuk terus meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat ke tahap yang lebih tinggi. Disamping itu, warga kerja JKR perlulah mengamalkan sikap berintegriti demi menjaga imej JKR yang cemerlang selaras dengan misi dan visi jabatan.

Warga JKR sekeluarga serta anak anak perlu menumpukan penjagaan kesihatan masakini selaras hasrat kerajaan  dalam memerangi dan memutuskan wabak rantaian Covid-19.
Akhir kata, marilah sama-sama kita mendoakan untuk terus meraih kejayaan pada tahun 2020 dengan lebih cemerlang serta usaha ini diberkati Allah Subhanahu Wataala.

Sekian, terima kasih.  

YBhg. Tn. Haji Zulkipli Bin Nasri

Pengarah Kerja Raya
Perak 
Darul Ridzuan


 

logobawah
Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Tuesday 02 March 2021, 08:08:25.