Apa Itu Data Terbuka

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan Negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. Jabatan Kerja Raya Negeri Perak telah mengambil tindakan mengenalpasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap perkhidmatan jabatan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Senarai Data Terbuka: 

Bil Tajuk Pautan
1 Senarai Projek Jalan Di Negeri Perak  
2 Pecahan Pegawai Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Mengikut Jantina  

 

 

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Tuesday 19 March 2024, 00:41:29.