Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun. Ini disebabkan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain.

Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak juga bulan yang melatih manusia untuk banyakkan amalan bersedekah.

Jesteru itu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah mengambil kesempatan dibulan yang mulia ini mengagihkan bubur lambuk kepada semua kakitangan JKR Ibu Pejabat. Pengagihannya telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JKR Perak, Tuan Haji Ahmad Baidove bin Haji Anuar. Semoga amalan yang dilakukan mendapat keredaan dari Allah Subhanawataala€¦€¦Amin.

KE FOTO GALERI

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 25 April 2024, 00:56:59.