• Main Page
  • Berita
  • SALAM PERSARAAN TUAN HAJI ROSLAN BIN ABD GHANI, PENGARAH JKR NEGERI PERAK



Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti TUAN HAJI ROSLAN BIN ABD GHANI, PENGARAH JKR NEGERI PERAK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 22 SEPTEMBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Kerja di Ibu Pejabat JKR KL pada 10 Oktober 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

Tahun 1983 - 1991 : Jurutera Kerja, Ibu Pejabat JKR KL
Tahun 1991 - 2001 : Jurutera Jalan, JKR Kemaman, Terengganu
Tahun 2001 - 2006 : Jurutera Bangunan, JKR Daerah Sepang, Selangor
Tahun 2006 - 2008 : Jurutera Awam (KPP), Kementerian Kewangan Malaysia
Tahun 2008 - 2009 : Jurutera Awam (KPP), Caw. Kejuruteraan Senggara, IP JKR
Tahun 2009 - 2012 : Pemantauan Projek (KPP), Caw. Dasar dan Pengurusan Korporat, IP JKR
Tahun 2012 - 2014 : Pemantauan Projek (KPP), Caw. Pengurusan Projek, IP JKR
Tahun 2014 - 2016 : Pemantauan Projek (KPP), Caw. Perancangan Aset Bersepadu, IP JKR
Tahun 2016 - 2018 : Timbalan Pengarah, JKR Negeri Perak
Tahun 2019 - 2020 : Pengarah JKR Negeri Perak
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

Sijil Kepujian Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1986 1987 (Caw. Kerja Pelajaran)
Sijil Kepujian Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1987 (Cawangan Kerja Pendidikan)
Sijil Kepujian Perkhidmatan CemerlangKementerian Kerja Raya Tahun 1994 (JKR Daerah Kemaman)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perbendaharaan Malaysia 2007 (Kementerian Kewangan)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerja Raya Tahun 2009 (PROKOM)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerja Raya Tahun 2013 (CPAB)
b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

Wakil Kementerian Kewangan dalam Lembaga Tender Unit Perancang Ekonomi (2006)
Wakil Kementerian Kewangan dalam Lembaga Tender Kementerian Sumber Asli (2007-2008)
Wakil Kementerian Kewangan dalam Lembaga Tender LADA (2008)
Wakil JKR Malaysia dalam Lembaga Tender Kementerian Pendidikan (103)
Wakil JKR Malaysia dalam Lembaga tender Kementerian Dalam Negeri (2014)
Wakil JKR Malaysia dala Lembaga Sebutharga Kementerian Kerja Raya (2015-2016)
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan TUAN HAJI ROSLAN BIN ABD GHANI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.

logobawah
Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Friday 20 November 2020, 08:37:18.