Reaksi positif terutamanya dari kontrktor-kontraktor kecil berikutan pelaksanaan kerja undi peringkat pertama yang telah dilancarkan di Alor Setar Kedah, maka Kementerian Kerja Raya bersetuju untuk meneruskan kerja-kerja penyenggaraan jalan Persekutuan melalui system ini. JKR Negeri Perak telah dipilih untuk pelancaran majlis seumpama ini pada 19 November 2012 dan perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Shaziman Bin Abu Mansor Menteri Kerja Raya Malaysia.

Rangkaian jalan-jalan raya bukan sahaja sebagai kemudahan asas semata-mata tetapi juga nadi kepada pembangunan dan menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi setempat dan Negara. Oleh itu perancangan, pembinaan dan penyenggaraan jalan raya perlu bagi memastikan asset negara yang amat berharga berada pada tahap yang terbaik. Bagi kerja-kerja undi peringkat kedua ini sebanyak 310 projek yang bernilai RM 52 juta telah dikenal pasti.

Sejumlah RM 40 juta telah diperuntukan untuk Semenanjung Malaysia untuk diagih-agihkan kepada kontraktor kelas G1,G2 dan G3 melalui system undi ini diseluruh negara. Syabas kepada kontraktor yang berjaya dan diharapkan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkualiti.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 16 May 2024, 04:23:55.